05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kembara BKK 2016

Biro Khairat Kematian 1

 

21 Mei 2016 / 14 Sya’ban 1437H (Sabtu) – Biro Khairat Kematian(BKK) Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg. Pantai Dalam telah mengadakan Kembara Biro Khairat Kematian 2016. Kembara BKK yang melibatkan 10 lokasi ini telah bermula dengan anak kariah PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam.

Biro Khairat Kematian sehingga kini telah mencecah 1978 keluarga yang telah mendaftar sebagai ahli khairat. Justeru Jawatankuasa telah mengambil inisiatif untuk turun padang bagi menambah ahli baru dan bertemu dengan ahli yang telah mendaftar. Melalui program ini, ahli khairat berpeluang mengemaskini maklumat ahli keluarga yang terkini, mendapatkan buku garis panduan biro khairat kematian yang telah dikeluarkan bagi memudahkan ahli mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh BKK.. Di samping itu, aktiviti ziarah asnaf juga diadakan yang telah dilaksanakan oleh Muslimah Khadijiah manakala pengunjung yang hadir berpeluang membuka akaun Tabung Haji dan juga mengemaskini maklumat bersama wakil Tabung Haji yang turut hadir memeriahkan program kembara BKK kali ini.

Program yang telah dianjurkan bersama Persatuan Penduduk PPR Seri Cempaka dan Jawatankuasa Surau Nurul Iman ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zulkifli Bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, manakala ucapan oleh Tuan Haji Termizi mewakili Persatuan Penduduk dan Surau Nurul Iman serta Tuan Haji Salleh Bin Yaakob selaku Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid Jamek Al-Khadijiah. Program yang bermula 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang, diakhiri dengan penerangan ringkas matlamat serta misi dan visi BKK oleh Naqib Masjid Jamek Al-Khadijiah,  Ustaz Mohd Shahril Bin Abd Samat.

Biro Khairat Kematian 2 Biro Khairat Kematian 3
Biro Khairat Kematian 4 Biro Khairat Kematian 5
Biro Khairat Kematian 6 Biro Khairat Kematian 7
Biro Khairat Kematian 8 Biro Khairat Kematian 9
   

Disediakan oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel