05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar Memulakan Solat Jumaat Pertama

IMG 4571

 

20 Mei 2016M  (Jumaat) - Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar,  Kuala Lumpur telah mula beroperasi secara rasmi dengan pelaksanaan solat jumaat kali pertama pada tanggal 13 Syaaban 1437H  bersamaan 20 Mei 2016M. Masjid yang baru siap dibina dengan kos RM14 juta ini boleh memuatkan seramai 3500 jamaah pada satu-satu masa.  Secara pentadbiran, Masjid Al-Firdaus diletak di bawah Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

 

YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyempurnakan  penyampaian khutbah Jumaat  manakala  solat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Hasan Al-Fadli Abdul Rahman, Ketua Imam Masjid Al-Firdaus.

Dalam khutbah yang disampaikan, YBhg. Pengarah JAWI mengingatkan jamaah tentang firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 18 bermaksud ;

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

 

IMG 4559 IMG 4634
IMG 4583 IMG 4678
   
   
   

Foto dan Teks oleh :

Pejabat Pentadbiran Masjid Zon 1
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel