05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Ke Sekolah Islam ADNI

 

 

13 Mei 2016 / 6 Sya’aban 1437 H ( Jumaat ). Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum Bahagian Pelajaran JAWI  telah mengadakan Lawatan Kerja ke Sekolah Islam Adni di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor Darul Ehsan bagi membincang berkenaan pelaksanaan Integrated Holistic Education System (IHES) bersama dengan Tuan Haji Hasni bin  Muhammad , Pengarah Urusan Sekolah Islam Adni. Seramai 5 orang terlibat dengan lawatan ini termasuk Puan Zaiton binti Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan IHES di SRA JAWI.

 

Integrated Holistic Education System (IHES) adalah sistem pendidikan yang dibawa oleh Tuan Haji Hasni iaitu mengintegrasikan pendidikan arus perdana dengan al-Quran. Dalam pertemuan ini, beliau sekali lagi mengatakan hasrat agar JAWI menjadi contoh bagi negara melaksanakan sistem Integrated Holistic Education System (IHES)  dalam pendidikan Islam di JAWI terutama di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ).

 

Hasrat beliau ini disambut baik oleh Bahagian Pelajaran JAWI terutama Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum dalam usaha meneraju dan meninggikan taraf pendidikan sekolah agama di Wilayah Persekutuan.

   

Cetak   Emel