05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Special Talk (JAST) Siri I; IS vs MA

JAST07

 

  

19 Mei 2016 / 12 Syaaban 1437H (KHAMIS) - JAWI Special Talk  (JAST) Siri I; IS vs MA telah berlangsung di Dewan Serbaguna MOT, Precint 4, Putrajaya. Koordinator program, Unit Penyelidikan turut bertindak sebagai urus setia induk. Pengisian informatif dan isu semasa, menarik perhatian lebih 300 hadirin diteraju oleh dua orang panel yang berwibawa di dalam bidang masing-masing iaitu,  Y.Bhg Tuan Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS yang memperincikan tajuk Millah Abraham; Pesona dan Dakyahnya dan YDH SAC Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay Ketua Penolong Pengarah, Counter Terrorism,  Cawangan  Khas Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia mengupas tajuk Ancaman IS Terhadap Keselamatan Negara.

Ajaran Millah Abraham telah dirincikan oleh panel dengan jayanya. Nyata, maklumat yang dikemaskini amat diperlukan oleh masyarakat sebagai langkah berawas terhadap ancaman dan rencam ajaran sesat.

Ancaman IS adalah isu serius, perkongsian langsung dari Ketua Penolong Pengarah, Counter Terrorism, Cawangan Khas menyatakan penangkapan suspek IS meningkat setiap tahun. Ini bukan isu antarabangsa yang boleh dipandang sepi. Ia isu lokal yang perlu diawasi. IS vs MA adalah isu semua pihak.

Majlis perasmian penutup JAWI Special Talk (JAST) Siri I; IS vs MA telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. 

 
JAST01 JAST03
JAST02 JAST04
 JAST05  JAST06

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nazli Bin Yaacob. Teks oleh: Unit Penyelidikan. 

 


Cetak   Emel