05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Tahsin Dan Tarannum Al-Quran Imam-Imam Masjid Dan Surau Jumaat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 Siri 3

TS31

3-4 Mei 2016 (Selasa & Rabu), 9-10 Mei 2016 (Isnin & Selasa), 17 & 19 Mei 2016 (Selasa & Khamis)  – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Tahsin Dan Tarannum Al-Quran Bagi Imam-Imam Masjid Dan Surau Jumaat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 untuk siri yang ke-3, bertempat di enam buah masjid yang mewakili setiap zon di Kuala Lumpur.

Kursus bagi siri yang ke-3ini bermula di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong pada 3 Mei 2016, kemudian di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati Setapak pada 4 Mei, Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri Cheras pada 9 Mei, Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada 10 Mei, Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan pada 17 Mei, dan berakhir di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 19 Mei 2016.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti bacaan para imam terutamanya dari aspek lagu tarannum agar bacaan mereka akan dapat menarik lebih ramai jemaah untuk datang ke masjid. Sama seperti siri yang lepas, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi bacaan Al-Quran bersama empat orang fasilitator bagi membantu dalam memantapkan lagi bacaan mereka.

Para peserta telah menunjukkan kesungguhan yang jitu sepanjang sesi pembelajaran  dijalankan dan menyatakan minat untuk terus mengikutinya pada baki dua siri yang akan datang. 

TS32 TS33
TS34 TS35
TS36 TS37
   
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel