05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SAMBUTAN HARI GURU SRAI DAN KAFA DAN PROGRAM TAUTAN UKHUWAH PKS JAWI LABUAN 2016

 IMG 4322
 

21 Mei 2016 (Sabtu) – Cawangan Pelajaran dengan kerjasama PKS JAWI, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Sambutan Hari Guru SRAI Dan KAFA Dan Program Tautan Ukhuwah PKS JAWI Labuan 2016 bertempat di Plaza Berpayung,Kompleks Sukan Laut Antarabangsa W.P.Labuan.

Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi yang melibatkan semua Guru Sekolah Rendah Agama (SRAI) W.P. Labuan dan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Wilayah Persekutuan Labuan dan semua ahli PKS JAWI Labuan bersama ahli keluarga masing-masing.

Tujuan utama Program ini dijalankan adalah untuk meraihkan guru-guru serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada semua guru agar dapat menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar kepada murid-murid dengan penuh sabar dan berdedikasi selain memberi suntikan motivasi agar sentiasa meningkatkan kualiti diri seiring dengan perubahan zaman dari semasa ke semasa demi melahirkan insan yang berkualiti untuk dunia dan akhirat. Manakala program tautan Ukhuwah pula bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan JAWI labuan dengan guru-guru SRAI & KAFA dan juga ahli keluarga.

Program pada pagi tersebut dimulai dengan sambutan hari guru iaitu antara pengisiannya ialah mendengar ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Ketua penolong pengarah kanan Us.Sabarudin bin Hasan kepada semua guru dan kakitangan JAWI labuan. Selain itu, terdapat enam anugerah yang disampaikan kepada guru-guru dan sekolah yang cemerlang mengikut kategori masing-masing iaitu Anugerah Guru Kreatif disandang oleh Ustazah Nezadeceymelissa bt Awang dari SRAI Attaufiqiah Sg.Miri. Anugerah Guru Harapan disandang oleh Ustaz Ismail bin Sulaiman dari SRAI Darul Ulum Membedai. Dua Anugerah Guru berdedikasi masing-masing disandang oleh Ustaz Kahiman bin Saidin dari SRAI Al-Ahmadiah patau-patau dan Ustazah Sofiah bt Abdullah dari Kelas KAFA Surau Al-Uwais Kg.Pantai. Manakala Anugerah sekolah cemerlang pula disandang oleh SRAI Al-Ahmadiah patau-patau dan Kelas KAFA Surau Al-Uwais Kg.Pantai.

Program tautan ukhuwah pula adalah berbentuk santai yang mana makanan/minuman adalah disediakan sepanjang masa program dijalankan. Terdapat juga pertandingan sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak iaitu antaranya masuk bola dalam raga, anyam ketupat, pancing botol, selipar terbang, masuk benang dalam lubang jarum, boling kelapa, bola sepak berkain sarung dan banyak lagi acara lain yang dipertandingkan. Selain itu juga, terdapat 200 hadiah cabutan bertuah untuk dimiliki. Program ini selesai pada jam 2.15 petang.

IMG 4277 IMG 4723
IMG 4526 IMG 4649

Disediakan oleh:

JAWI, LABUAN


Cetak   Emel