05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Imam.. Bilal.. AJK.. Bersatu! Maju!

Pic Ijtimak Imam Bilal AJK Surau 1

 

22 Mei 2016M / 15 Sya’ban 1437H (Ahad) – Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Khas Imam, Bilal dan AJK Surau Jumaat dan Surau Biasa di bawah Kariah Masjid Al-Ikhlasiah di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Pauzi bin Che Ahmad, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada AJK, Imam dan Bilal Surau Jumaat serta Surau Biasa di bawah Kariah Masjid Al-Ikhlasiah. Slot ceramah 1 disampaikan oleh YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno bekas Imam Masjid Negara (Fiqh Imam dan Bilal). Manakala slot ke 2 disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Shukeri bin Yaacob, Ketua Imam Masjid Saidina Hamzah (Pengurusan Masjid dan Surau). Antara objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran profesionalisme Imam dan Bilal serta pengurusan integriti AJK Surau.

Program ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus tadbir surau di bawah seliaan masing-masing. 

 

Pic Ijtimak Imam Bilal AJK Surau 2 Pic Ijtimak Imam Bilal AJK Surau 3
Pic Ijtimak Imam Bilal AJK Surau 4 Pic Ijtimak Imam Bilal AJK Surau 5
   
   
   

Disediakan oleh:

Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel