05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

100 Orang Berjaya Menggali Rahsia Solat Yang Sempurna

Pic Diterimakah Solatku 1

 

21 Mei 2016M / 14 Syaaban 1437H (Sabtu) - Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, Kuala Lumpur telah menganjurkan program 'Diterimakah Solatku?' yang menjurus kepada perkongsian ilmu untuk mencapai kesempurnaan solat. Penceramah jemputan untuk program ini ialah Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria daripada Persatuan Ulama Malaysia.    

Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu dibuka penyertaan kepada jemaah masjid, para mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi berdekatan dan juga kepada masyarakat umum. Kehadiran peserta program amat membanggakan dan berjaya menarik sebanyak 100 penyertaan.

Di antara pengisian program yang di kongsi oleh penceramah ialah bagaimana untuk mendapat khusyuk dalam solat, praktikal rukun qauli dan fie'li, penghuraian berkenaan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam solat yang sering terlepas pandang oleh masyarakat dan soal jawab bersama peserta program.

 

Pic Diterimakah Solatku 2 Pic Diterimakah Solatku 3
Pic Diterimakah Solatku 4 Pic Diterimakah Solatku 5
   
   
   

Disediakan oleh:

Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, Kuala Lumpur
Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel