05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program “Saya Cinta Islam 2016”

 87S8166

20 Mei 2016 (Jumaat)– Bahagian Penguatkuasaan JAWI Labuan telah mengadakan Program “Saya Cinta Islam 2016” bertempat di Dewan Syura Masjid Jamek An-Nur,  Labuan. Peserta kursus terdiri daripada 100 orang pelajar sekolah menengah yang bersekolah di Sekolah-sekolah Menengah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Objekti Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dasar-dasar muamalah dan pergaulan dalam Islam. Seterusnya menimbulkan kesedaran berkenaan peranan remaja dalam masyarakat dan memberi pendedahan tentang garis panduan realiti kehidupan dan tanggungjawab remaja ke arah melahirkan masyarakat yang syumul.

Penceramah jemputan adalah Dr. Norayuni binti Mohd Ismail dengan tajuk ceramahnya: Remaja dan Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan WP Labuan. Sesi Ceramah 2 telah disampaikan oleh En Abdul Rahman bin Muhammad dari Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tajuk ceramah: Halal dan Haram Dalam Kehidupan Seharian.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohd Zulaini bin Yaacob, Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

 87L8127-2  87S8175
 87S8165  87S8197

Disediakan oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan

 


Cetak   Emel