05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ISRA’ DAN MIKRAJ : KEAGUNGAN ALLAH SWT

 

 

clip image00

14 Mei 2016M / 7 Syaaban 1437H (Sabtu) - Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur  telah mengadakan Program Ceramah Perdana Isra` Mikraj tahun 1437H/2016M bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Zakirin. 

Ceramah telah disampaikan oleh  YBhg. Ustaz Fakhrurrazi bin Mohd Hanafi Al-Hafiz  (PU Razi), personaliti Rancangan Pencetus Ummah Astro Oasis. Program ini menarik  kehadiran seramai 200 orang Jemaah.

PU Razi telah berjaya menyentuh hati para Jemaah dengan kelainan yang ditampilkan melalui ceramah yang diselangselikan dengan tayangan slide berkenaan isu semasa kekeluargaan dan kemasyarakatan. Beliau turut menyentuh isu Syria, isu Masjid Al-Aqsa dan diakhiri dengan penukilan ‘ibrah peristiwa Isra’ dan Mikraj.  Di akhir ceramah tersebut, para jamaah diajak bermuhasabah serta mengambil iktibar dari peristiwa Isra` Mikraj  dan bersama-sama memastikan syiar Islam ditegakkan dalam diri, keluarga, masyarakat dan Negara khususnya.

Selain santapan rohani, Jamaah turut menikmati santapan jasmani selepas ceramah. Masjid Al-Zakirin berharap program ini dapat memberi manfaat kepada Jamaah sekaligus meningkatkan sektor pengimarahan masjid bagi  mendapat keredhaan Allah SWT.

Disediakan oleh :

Masjid Al-Zakirin

Pusat Pentadbiran Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI

 

clip image003  clip image002 
 pic  

Disediakan oleh:

Masjid Saidina Hamzah

Pusat Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel