05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusuf Shahabuddin, Shah Alam

 

 

18 Mei 2016 / 11 Syaaban 1437h ( Khamis ) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah mengadakan Lawatan Kerja ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusuf Shahabudin  Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (SRAI DMYS). Seramai 19 orang  telah menyertai lawatan ini terdiri dari Pegawai, Pen. Pegawai dari setiap unit di Bahagian Pelajaran, Guru Besar dan PK Kurikulum SIRAJ dengan diketuai oleh Puan Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah bersama-sama Encik Zamir bin Bahal, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Akademik. 

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman  disamping mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan Kurikulum (KSSR dan KSRA), Sistem Pembelajaran Integrated Holistic Education System (IHES)  dan tatacara pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks KSSR. Delagasi lawatan telah diberi penerangan ringkas berkenaan SRAI DMYS oleh GPK Ko-Kurikulum dan lawatan ini diakhiri dengan melawat sekitar sekolah terutama ke bilik BOSS, bilik Rawatan, bilik Makmal Sains, bilik Bengkel Kemahiran,  Bilik ICT, Bilik Transformasi Minda dan Perpustakaan

   

 

 


Cetak   Emel