05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengukuhan Bilal Idaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

gambar utama

18 Mei 2016 (Rabu) – Bahagian Pengurusan Masjid JAWI telah mengadakan Kursus Pengukuhan Bilal Idaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Peserta kursus terdiri daripada 60 orang Bilal yang bertugas di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.

Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Program Bilal Idaman bagi memastikan kemahiran azan setiap Bilal masjid di Wilayah Persekutuan sentiasa dipertingkatkan. Di dalam kursus ini, para peserta telah dilatih untuk fokus supaya mahir dengan dua buah taranum azan iaitu rast dan nahawand. Para peserta telah dibimbing oleh 3 orang fasilitator iaitu Ustaz Hassan al-Fadli bin Abdul Rahman, Ustaz Khalid bin Isa dan Ustaz Jefri bin Bujang.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid. Turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid.

IMG 4989 IMG 4965
IMG 5027 IMG 4924
IMG 5022 IMG 5016
 IMG 5013  IMG 5044
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel