05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Penaziran Penuh Di SRA Al-Taufiqiah

p1

 

10- 12 Mei 2016 | 3-5 Syaaban 1437H– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Penaziran, Bahagian Pelajaran telah mengadakan Penaziran Penuh di SRA Al-Taufiqiah, Jalan Menteri, Kuala Lumpur selama tiga hari (Selasa- Khamis)  iaitu bermula 10 - 12 Mei 2016. Seramai lapan orang pegawai JAWI telah terlibat dalam penaziran tersebut.

 

ProgramPenaziran Penuh  ini antara lain bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan mengesan tahap kualiti Pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendididkan di bawah pentadbiran JAWI dengan melakukan pelbagai penaziran, di samping dapat memelihara rangkaian maklumat yang cekap dalam pelbagai bidang supaya maklumat dan maklum balas yang betul disalurkan kepada pihak yang sewajarnya dengan segera bagi perhatian dan tindakan yang berkesan.

Penaziran ini juga dapat menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan unit-unit di Bahagian Pelajaran bagi memastikan perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam JAWI berjalan dengan lancar di samping dapat  merapatkanukhwah dengan warga pendidik serta para pelajar.

SRA Al-Taufiqiah mempunyai seramai 15 orang tenaga pengajar dan jumlah pelajar seramai 346 orang. Menurut Guru Besarnya Puan Rozana binti Razak bahawa pelajar di SRA Al-Taufiqiah menjalani sesi PdP pada waktu petang sahaja memandangkan sesi pagi murid bersekolah di sekolah kebangsaan yang berdekatan. Semoga dengan Penaziran Penuh ini dapat memberi sumber inspirasi dan suntikan semangat bagi Jabatan dan warga sekolah demi memartabatkan Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan ini khususnya di JAWI. 

 

 

p2 p3
p4 p1
 
   

 

Teks oleh:

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel