05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Bantu Saudara Baru Tingkat Kualiti Ibadah

 
kifa3

 

 

18 Mei 2016 | 11 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan program Kursus Intensif Fardhu Ain Saudara Muslim Siri 2 (Peringkat Pengukuhan) pada 14 – 15 Mei 2016. Kursus selama 2 hari tersebut telah dijalankan di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, JAWI manakala sesi praktikal dijalankan di Surau Muhajirin, JAWI. Antara aktiviti dan pengisian dalam kursus kali ini termasuklah sesi ceramah berkenaan Thoharah, ‘Solat Tiang Agama’, dan ‘Al-Quran Kalamullah’ yang disampaikan oleh Encik Yahaya bin Ismail dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Ustaz Hj. Mohd Farhan bin Abdullah Al-Hafiz dari Akademi Tahfiz Al-Quran wal Hadith dan Encik Mohd Azubir bin Razali dari Tourism Malaysia. Kursus yang dihadiri oleh seramai lebih kurang 60 orang saudara baru itu telah diakhiri dengan Ujian Praktikal Tahsin Solat Fardhu dan sesi penyampaian sijil dan penghargaan yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar kursus ini dapat membantu dan membimbing peserta-peserta saudara baru ini dalam meningkatkan mutu dan kualiti ibadat seharian.

 

 

 kifa13 kifa1
kifa12 kifa15
kifa16  kifa2


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel