05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jasamu Dikenang

66666

 

16 Mei 2016 ( Isnin ) – Bahagian Pengurusan Masjid telah mengadakan program Penyampaian Saguhati Ahli Jawatankuasa Masjid Dan Surau Jumaat Zon A bagi tahun 2015 bertempat di Masjid Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati sebagai menghargai sumbangan AJK Masjid /Surau Jumaat terhadap Masjid dan Surau Jumaat.

 

Majlis tersebut yang diadakan pada jam 2.30 petang itu dihadiri seramai hampir  250 orang AJK  terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat bagi  Zon 1, 2, dan 4. Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah menjadi tuan rumah pada program hari itu.

 

Majlis pada petang itu juga turut diserikan dengan pelancaran Program Semarak Ramadhan Zon 2 iaitu 10 program bulan Ramadhan yang akan dijalankan di setiap masjid yang terdapat di Zon 2.

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI.Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Operasi), Ustaz Haji Jaafar Bin Ismail (Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPM) , Ustaz Haji Abdul Nasir Bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah,BPM) dan pegawai kanan  JAWI.

 

 

55555 44444
33333 88888
11111 22222
99999 77777
   

 

Teks oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel