05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 3344

 

18 Mei 2016 (Rabu) - Masjid Muadz Bin Jabal (MMBJ) Setiawangsa dengan kerjasama Pentadbiran Zon 4 JAWI, meneruskan program –program pengimarahan masjid Kem Bestari Solat dengan menyediakan kemudahan kepada murid-murid tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Kuala Lumpur bagi memahami penghayatan ibadah Solat pada 14 Mei 2016.

Kem Bestari Solat bagi sesi 2016 ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari dengan pengisian slot motivasi,solat sunat Dhuha dan penerangan berkaitan solat berjemaah(masbuk / muafiq). Kehadiran lebih 600 orang pelajar telah membanjiri ruangan solat masjid dan para pelajar berkesempatan mendirikan amali solat jenazah secara praktikal sebenar keatas jenazah anak kariah yang meninggal dunia pada hari tersebut

Seiring dengan majlis tersebut, satu badan NGO Usrah Hijrah seramai 80 orang telah mengadakan kelas usrah khusus untuk muslimat yang diusahakan oleh Cik Helza dan tetamu jemputannya, Ustazah Shadiya Abbas  dan Aiman Banna. Kelas ini bagi membimbing para peserta ‘daku ingin berhijrah’ kearah kepribadian muslimat solehah yang berlandaskan nilai adab keperibadian Muslimah sebenar.

Pengisian motivasi dan halaqah usrah yang berakhir jam 4.00 petang dengan slot jamuan bersantai disediakan oleh pihak penganjur .Para peserta yang hadir adalah dari para penuntut IPTA / IPTS dan warga penduduk lembah kelang amat berpuashati dan selesa dengan keberadaan mereka di  Masjid Muadz bin Jabal serta prasarana kemudahan awam yang mudah menambahkan harapan untuk hadir semula ke masjid ini.

 

IMG 3350 IMG 3345
IMG 3346 IMG 3351
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel