05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 3323

 

17 Mei 2016 (selasa) - Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan KARNIVAL KESIHATAN SEMPENA AMBANG RAMADHAN 1437H  pada 14 Mei 2016 bertempat di perkarangan masjid.

Karnival ini bertujuan bagi melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat jiwa raga ahli kariah untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan yang bakal tiba. Selain itu, ianya memberi mendedahan tentang penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan disamping menjalankan program pengimarahan masjid melalui program perkhidmatan rawatan moden dan altinatif, garage sale, ceramah dan kaunseling.

Program 1 hari ini telah diadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para jemaah yang hadir yang dimulai dengan senaman yang diketuai oleh jurulatih Zaidi dari Feelatics Malaysia dan disusuli acara berbasikal secara berjemaah. Selain itu, acara sukan rakyat telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pengunjung dan pelajar Kvert bagi acara batu seremban, congkak, timbang sepak raga, mini golf, boling kelapa dan kerusi beracun.  Pertunjukan silap mata dan nyanyian daripada En. Amar turut memeriahkan lagi karnival tersebut. Disamping itu, pelbagai  agensi perubatan turut terlibat di dalam karnival ini antaranya Klinik Gigi Dato’ Keramat, Pusat Kesihatan UTM, Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Enjoy Blind Massage, pusat rawatan komplimentari an-nusrah (bekam), pusat rawatan al-sunnah (spa hydro), Thibbuljawi Health Centre (Akupuntur) serta Manicure & Pedicure (KVERT).

Pada sebelah petang pula telah diadakan sesi ceramah kesihatan umum yang telah diadakan di dalam dua sesi iaitu sesi pertama yang telah disampaikan oleh Ustaz Hadi Talhah daripada GAPPIMA dan sesi kedua telah disampaikan oleh Dr. Dalila Roslan daripada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM). Karnival ini ditutupi dengan bacaan Al-Quran daripada Qari Ustaz Hasan Fadli pada sebelah malam selepas Maghrib. Turut diselitkan penyampaian sumbangan kepada Pelajar Cemerlang 2015 yang terdiri daripada anak kariah dan sumbangan duit raya kepada Pelajar Pendidikan Khas/Pelajar OKU yang telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din. Sambutan karnival ini telah menerima kunjungan seramai hampir 300 orang.

Karnival ini telah dirasmikan oleh penyelaras zon 4, JAWI iaitu Ustaz Wan Yusuff Bin Wan Ishak.

IMG 3317 IMG 3318
IMG 3319 IMG 3320
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel