05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM DISKUSI KITAB TINTA PENUNTUT ILMU ANJURAN MASJID SAIDINA HAMZAH, KG. BATU MUDA, KUALA LUMPUR

1

6 Mei 2016 (Jumaat) – Masjid Saidina Hamzah telah menganjurkan program Diskusi Kitab “Tinta Penuntut Ilmu” bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur. Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin. Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan telah melapangkan masa untuk mendiskusikan kitab hasil karangannya sendiri berjudul “Tinta Penuntut Ilmu”.

Antara intipati diskusi ini ialah penekanan tentang kepentingan memelihara adab sebagai murid terhadap guru dan mendapatkan ilmu secara talaqqi seperti yang dilakukan ulama silam terutama ilmu yang wajib dipelajari iaitu Tauhid (Usuluddin), Fiqh (Syariat) dan Tasauwuf (Akhlak). Program ini mendapat sambutan amat baik dimana seramai 350 orang jamaah telah mengikuti diskusi ini. 

5 7
   
   
   
   

Disediakan oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel