05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM AL-QURAN PENAWAR HATI ANJURAN MASJID AMANIAH KEPONG

IMG-20160511-WA0083

10 Mei 2016/ 03 Sya’aban 1437H (Selasa) – Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur dengan kerjasama Darus Syabab telah berjaya menganjurkan Ceramah Al-Quran Penawar Hati. Program ini menyasarkan golongan kanak-kanak, remaja dan belia dan telah diadakan di Aras 3, Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur dan seramai 100 peserta telah mengikuti program ini.

Pengisian rohani program ini telah disampaikan oleh PU Azihal. Antara objektif utama penganjuran program ini ialah:

  1. Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mempelajari, memahami dan menghayati Al-Quran.
  2. Mengajak semua golongan khususnya golongan muda-mudi untuk membudayakan Al-Quran dalam kehidupan mereka.
  3. Memberi semangat motivasi yang tinggi kepada golongan ini supaya berusaha untuk celik Al-Quran demi masa hadapan yang hebat.
  4. Sebagai persediaan untuk program Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan nanti.

Diharapkan program ini menjadi salah satu platform yang cukup penting bagi menarik minat muda-mudi untuk menyertai program-program pengimarahan masjid.

IMG-20160511-WA0076 IMG-20160511-WA0079
IMG-20160511-WA0082 IMG-20160511-WA0080
   
   
   

Disediakan oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel