05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Siraj – Pilihan Ibu Bapa

4

14 Mei 2016 (Sabtu) – Bahagian Pelajaran  telah mengadakan ujian kemasukan bagi murid-murid  Sekolah   Integrasi Rendah    Agama,   Jabatan   Agama Islam Wilayah  Persekutuan (SIRAJ) bagi sesi persekolahan 2017.  Ujian Kemasukan 1 SIRAJ (UK1S) ini telah diadakan serentak di empat buah SIRAJ iaitu SIRAJ Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak, SIRAJ Al Alusi, Kampung Datuk Keramat, SIRAJ Abu Zhar Al Ghifari, Kepong dan SIRAJ Abdullah Ibn Masud, Putrajaya. UK1S diadakan sebagai saringan kepada  permohonan  memasuki SIRAJ yang terlalu banyak diterima daripada ibu bapa.

SIRAJ yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya ini mendapat sambutan luar biasa daripada ibu-bapa. Seramai 1,191 orang murid telah menghadiri ujian tersebut di keempat-empat buah SIRAJ. Daripada jumlah tersebut,  seramai 490 orang murid  atau 41 peratus sahaja  akan diterima masuk ke SIRAJ pada tahun hadapan.

Pihak Jabatan amat berbangga dengan  perkembangan yang sangat positif ini dan akan sentiasa berusaha untuk merealisasikan hasrat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka dididk dengan sebaiknya di SIRAJ. Diharapkan juga  agar ianya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pendidikan tetapi  menjadi kebangaan JAWI suatu masa nanti.

                             

2 3
 
 7  5
 6  1

Disediakan oleh:

Bahagian Pelajaran,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel