05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Keluarga Bahagia Semekar

 seminar 1resize

14 Mei 2016M | 7 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga dengan kerjasama Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) telah mengadakan Seminar Keluarga Bahagia "Semekar" bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI, Kuala Lumpur, pagi tadi. 

 

Seminar yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu berjaya menghimpunkan seramai 100 orang peserta dari sekitar Wilayah Persekutuan.

 

Antara objektif penganjuran seminar ini ialah untuk memupuk sikap tanggungjawab dan kerjasama di antara pasangan dalam urusan kekeluargaan terutamanya dalam membina sahsiah diri anak-anak di samping menjadikan agama Islam sebagai panduan hidup berkeluarga,

 

Terdahulu, sesi pertama dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suhaimi Bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga,Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau mengupas tajuk “Keluarga Permata Hatiku: Sayang Awak Rindu Awak”.

 

Manakala ceramah seterusnya yang bertajuk "Kemantapan Dan Kepincangan Institusi Keluarga : Siapa Yang Harus Dipersalahkan” disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Hadir sama ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Juzaili bin Juhan, Penolong Pengurus Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad, wakil dari pihak Bank Islam.

 

  seminar 2resize  seminar 7resize
 seminar 8resize  seminar 3resize
seminar 6resize seminar 4resize
   

Disediakan oleh :

Unit Perhubungan Awam 

 


Cetak   Emel