05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ular Sawa 3 Meter Hasil Gotong Royong

Ar-Rahah Gotong Royong 1

15 Mei 2016M / 8 Sya’ban 1437H (Ahad) – Masjid Ar-Rahah, Bangsar South telah menganjurkan gotong royong membersihkan kawasan semak sekitar masjid bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Seramai 30 orang telah terlibat dalam aktiviti ini yang terdiri daripada kakitangan masjid dan Exora Owners Club Malaysia (EOCM).

Gotong-royong ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak kira-kira 3 minggu lagi. Hasil gotong-royong ini seekor ular sawa sepanjang 3 meter yang mendiami semak berhampiran berjaya ditangkap dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

                             

Ar-Rahah Gotong Royong 2 Ar-Rahah Gotong Royong 3
 
 Ar-Rahah Gotong Royong 4  Ar-Rahah Gotong Royong 5
   

Disediakan oleh:

Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, Kuala Lumpur

Pusat Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel