05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Santuni Ibu, Kaulah Ratu Hatiku

Ikhlasiah Ibu Ratu Hatiku 1

14 Mei 2016M / 7 Sya’ban 1437H (Sabtu) – Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutan telah mengadakan Program Mutiara Kasih (Muslimah) di Dewan Solat Utama Masjid Al-Ikhlasiah Bukit Kerinchi bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Program khas yang dianjurkan khusus untuk kaum ibu ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Datu Mohd Sallehin bin Moksan, Ketua Imam Masjid Al-Ikhlasiah disusuli ucapan aluan daripada Tuan Haji Pauzi bin Che Ahmad, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah. Antara perisian program ialah solat dhuha secara berjemaah, slot ceramah dan juga perbincangan dua hala antara peserta dan juga penceramah/fasilitator daripada Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan.

Program ini memberi pendedahan kepada kaum-kaum ibu dalam peranan dan sumbangan mereka bukan hanya pada keluarga mereka sendiri bahkan pada masyarakat setempat seterusnya pada negara dan agama dalam mendidik dan melahirkan generasi yang bertaqwa dan cemerlang.

                             

Ikhlasiah Ibu Ratu Hatiku 2 Ikhlasiah Ibu Ratu Hatiku 3
 
 Ikhlasiah Ibu Ratu Hatiku 4  Ikhlasiah Ibu Ratu Hatiku 5
   

Disediakan oleh:

Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur

Pusat Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel