05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Israk Mikraj: Membongkar Perjanjian Langit

Khadijiah IM 1

13 Mei 2016M / 6 Sya’ban 1437H (Jumaat) - Masjid Jamek Al Khadijiah Pantai Dalam telah mengadakan Forum Israk Mikraj yang bertajuk “Membongkar Perjanjian Langit.” Forum ini telah dihadiri sebanyak 250 orang jemaah di sekitar Pantai Dalam. Dua orang panel telah dijemput untuk membincangkan rahsia perjanjian langit yang termaktub dalam sirah perjalanan Rasulallah SAW. Mereka adalah Ustaz Abd Jalil Bin Hanafi, dan juga Ustaz Zulkifli Bin Ahmad.

Forum ini membincangkan tentang kepentingan dalam menghayati peristiwa agong Israk Mikraj bagi membongkar amanah yang telah dimeterai oleh Nabi SAW untuk diangkat ke langit. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah SAW  semasa dalam perjalanan Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melaksanakan tanggungjawab, manakala ada yang mengabaikannya pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dikerjakan di dunia yang sementara.

Forum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mendapat komen positif dari anak kariah serta mereka mengharapkan agar program seperti ini akan berterusan pada masa hadapan. Majlis dimulai jam 8 malam dan tamat jam 9.30 malam.

                             

Khadijiah IM 2 Khadijiah IM 3
 
 Khadijiah IM 4 Edit  Khadijiah IM 5 Edit
   

Disediakan oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah, Kg Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Pusat Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel