05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Training of Trainers (TOT) Pengkaedahan Jawi

 

 

 

9 Mei 2016 (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Training of Trainers (TOT) Pengkaedahan Jawi pada 9 - 10 Mei 2016 bertempat di Bilik Aktiviti Aras 3, Bahagian Pelajaran, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kursus ini disertai oleh 15 orang guru mata pelajaran Jawi di Sekolah Rendah Agama (SRA). Penceramah bagi kursus ini adalah Tn. Hj. Azman Bin Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan jawi di kalangan guru SRA serta memantapkan penguasaan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurikulum dengan lebih berkesan. Selain itu, Penulisan jawi juga sentiasa menerima perubahan mengikut perkembangan bahasa, terutama apabila bahasa Melayu menerima kata pinjaman daripada bahasa lain. 

Tulisan jawi merupakan kaedah penulisan bagi kurikulum di SRA dalam setiap mata pelajaran, antaranya mata pelajaran Feqah, Tauhid, Sirah, Tajwid dan lain-lain. Setiap murid amat perlu menguasai kaedah ini dengan bimbingan guru-guru yang berkemahiran dalam kaedah tersebut.

 

   
   

Cetak   Emel