05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Pererat Silaturrahim Dengan Wad Radioterapi HKL

 
radioterapi4

12 Mei 2016 | 5 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal dengan membuat lawatan ke Wad Radioterapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Mei 2016. Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah telah membuat lawatan ke Wad 4A dan 4B Radioterapi diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustaz Mohd Fauzi bin Abu Seman. Ziarah Dakwah bil Hal adalah merupakan aktiviti bulanan Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam bertujuan untuk menjalin hubungan dengan HKL dalam menjalankan dakwah bil hal bukan sahaja kepada pesakit malahan juga kepada kakitangan hospital.

 

Sesi lawatan bermula pada jam 10.00 pagi disambut oleh Pegawai Unit Perhubungan Awam, Encik Chandran dengan diiringi ketua-ketua jururawat wad Radioterapi 4A dan 4B. Rombongan ziarah turut tidak ketinggalan mengagihkan goodies bag berisi keperluan harian dan bahan rujukan ibadah pesakit di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai 50 orang pesakit di wad-wad terbabit. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah yang betul untuk beribadat bagi pesakit di samping turut memberi semangat dan sokongan moral kepada mereka.

 

 radioterapi5 radioterapi2
radioterapi6 radioterapi3
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel