05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program ‘Purification Of Heart For New Muslims’

programSB05

 

11 Mei 2016 / 4 Syaaban 1437H (Rabu) – Unit Pengurusan Dakwah, JAWI Cawangan Putrajaya Telah mengadakan program ‘Purification of Heart For New Muslims’ di Bilik Mesyuarat JAWI Cawangan Putrajaya. Program ini dihadiri oleh Saudara Baru yang telah memeluk Islam lebih daripada 10 tahun namun masih lagi belum mampu membaca al-Quran. Seramai sebelas orang peserta telah terlibat dalam program ini yang julung-julung kali diadakan. Kebanyakan peserta  masih lagi belajar al-Quran di peringkat awal iaitu Iqra’ 1-3. Unit Pengurusan Dakwah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program ini bertujuan untuk menyelami hati dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan  permasalahan yang dihadapi dalam mempelajari al-Quran. Program ini juga berbentuk ‘heart to heart’ untuk  meningkatkan motivasi dan semangat kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran membaca al-Quran di samping memperingatkan kepada mereka akan kepentingan niat yang ikhlas dalam sesuatu usaha yang baik agar mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Fasilitator bagi program ini adalah seorang Saudara Baru iaitu Encik Muhammad Hafizi Rizal Pung bin Malvin dari Jabatan Perdana Menteri yang mampu membaca al-Quran dengan baik dan dapat memberi contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain dalam teknik meningkatkan kemahiran membaca al-Quran.

programSB01 programSB02
programSB03 programSB04
 programSB06  programSB07

 

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Fakhrurazi Bin Muhammad. Teks oleh: Unit Pengurusan Dakwah. 


Cetak   Emel