05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Hari Bersama Masyarakat Di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kampung Sungai Penchala.

Pic 1 Edit

8 Mei 2016M / 1 Syaa’ban 1437H (Sabtu) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur (MJTAAS) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (PPZ) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Qiyamullail Perdana dan Hari Bersama Masyarakat bertempat di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kg Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Tujuan utama program  ini diadakan bagi merapatkan golongan masyarakat dengan masjid, mewujudkan kerjasama agensi-agensi kerajaan dengan masjid, memudahkan pengurusan masyarakat asnaf dengan Baitulmal dan memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat.

Program bermula pada jam 3.30 petang hingga 12.00 Tengah hari. Antara pengisian program ialah Qiyamullail Dan Kuliah Subuh Perdana bersama Yang Berbahagia Ustaz Shahrizan Daud At-Turab bermula 3.30 pagi hingga 7.30 pagi, pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat dan pemeriksaan awalan kanser rahim khusus untuk wanita (Pep Smear) dan Kaunter bergerak Baitulmal dibuka bermula jam 8 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kira-kira 150 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan program ini. 

 

Pic 2 EditPic 3 Edit
Pic 4 EditPic 5 Edit
 Pic 7 EditPic 6 Edit  
   

Disediakan oleh:

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur

Pusat Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel