05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ibrah Isra’ Wal Mi’raj Menarik Perhatian Warga Kampung Sungai Penchala

Pic 1 Edit

7 Mei 2016M / 29 Rejab 1437H (Sabtu) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Perdana Isra’ Wal Mi’raj 1437H/ 2016M bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kg Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Program ini juga dianjurkan bersama dengan Majlis Anugerah Pelajar-Pelalar Cemerlang bagi peperiksaan tahun 2015. Tujuan utama majlis ini diadakan bagi merapatkan golongan masyarakat dengan masjid di samping memberikan pendedahan ilmu berkaitan Ibrah dari Peristiwa Isra’ Wal Mi’raj yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. dan memberikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada pelajar-pelajar untuk cemerlang di dunia dan akhirat.

Majlis bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Ceramah Perdana Isra’ Wal Mi’raj disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Dato’ Hasan Mahmud Al-Hafiz yang merupakan mudir Imam Muda Astro Oasis. Tajuk yang disampaikan adalah Ibrah Isra’ Wal Mi’raj. Kira-kira 300 orang jemaah telah hadir bagi memeriahkan ceramah perdana ini. Selepas berakhirnya Ceramah Perdana Isra’ Wal Mi’raj, maka bermulalah pemberian saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang yang merupakan anak kariah Sungai Penchala yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang pada tahun 2015. Seramai 31 orang telah menerima saguhati tersebut. Acara ini disempurnakan oleh Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz dan Hj Sazali Bin Saliman yang merupakan pengerusi Tabung Khairat Kematian Masjid. Majlis anugerah pelajar cemerlang ini ditaja oleh Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan Tabung Khairat Kematian Masjid

 

p4 p2
p1 p3
   
   

Disediakan oleh:

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur

Pusat Zon 6

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel