05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA AJK MASJID DAN SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI ZON 3,5 dan 6

Picture2

17 Mei 2016 ( Selasa ) –Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3,5 dan 6 telah mengadakan majlis Penyampaian Saguhati Ahli Jawatankuasa Masjid Dan Surau Jumaat Zon B bagi tahun 2015 bertempat di Dewan Seri Perkasa 1 Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Taman Maluri Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan Ahli-Ahli Jawatankuasa dalam mengurus tadbir Masjid dan Surau khususnya di Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut telah diadakan pada jam 2.30 petang dengan dihadiri seramai hampir 260 orang AJK  terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat bagi  Zon 3, 5, dan 6 serta pegawai dan kakitangan daripada Bhgn. Pengurusan Masjid, JAWI. Turut hadir dalam Majlis tersebut YBhg. Tuan Hj. Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bhgn. Pengurusan Masjid, JAWI. Majlis dihadiri seramai 83 wakil daripada setiap masjid dan surau Jumaat daripada Zon 3, 5, dan 6 telah menerima sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Pengarah JAWI. 

Majlis penyampaian sumbangan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat ini merupakan program tahunan Bhgn. Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Disediakan oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel