05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ibrah Peristiwa Isra’ Mi’raj

11aa

5 Mei 2016 (Khamis) – Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur telah mengadakan Ceramah Perdana Isra’ Mi’raj di Dewan Solat Utama Masjid. Ceramah Perdana ini menyaksikan kehadiran 200 orang jemaah terdiri daripada penduduk di sekitar kariah masjid dan kariah berdekatan.

Ceramah bermula selepas solat maghrib yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin. Bersempena dengan memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang telah dilalui oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Sollahualaihiwasalam, beliau telah mengupas serta menyampaikan ceramahnya berkaitan pengabdian diri manusia sebagai hamba kepada Allah yang Esa melalui peristiwa Isra’ Mi’raj ini.

Manakala ceramah sempena Israk dan Mikraj yang bertajuk “Mengoptimumkan Perjalanan Menuju Allah” pula telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya.

 

11bb 11ccc
11dd 11ee
   
   

 

Disediakan oleh:

Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur,
Pusat Zon 6,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel