05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelaksanaan Solat Jumaat Pertama Di Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, Kuala Lumpur

1

6 Mei 2016 (Jumaat) -  Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, Kuala Lumpur  telah mula beroperasi secara rasmi dengan pelaksanaan solat jumaat kali pertama pada 28 Rejab 1437H bersamaan 6 Mei 2016M. Masjid yang baru siap dibina di atas Lot 24401, Jalan 1/61, Segambut Dalam, Kuala Lumpur ini boleh memuatkan seramai 3000 jamaah pada satu-satu masa.  Secara pentadbiran, Masjid Al-Ubudiah diletak di bawah Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

 1

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah hadir untuk menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dato’ Hj. Kamarudin Bin Ambok, Mantan Ahli MAIWP dan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI.

Dalam khutbah yang disampaikan, YB. Menteri mengingatkan kepentingan pengimarahan masjid dan menjadikan masjid ini pusat perpaduan ummah serta mengelakkan pertelingkahan politik kepartian yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat.

 

Slide3 Slide1
Slide2 Slide5
   
   

Disediakan oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel