05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KursusBilal06

 

8 Mei 2016M / 1 Syaaban 1437H (Ahad) - Aspek profesionalisme dalam pengurusan merupakan elemen yang memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan segala urusan dalam pelbagai bidang tugas. Bagi memastikan aspek ini tercapai, penghayatan terhadap ilmu dan kemahiran amat diperlukan.  Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama pihak Surau Al-Munawwarah, Presint 5 Putrajaya  menganjurkan Kursus Profesionalisme Bilal Siri 1 / 2016 yang bertempat di Surau Al-Munawwarah Presint 5R3, Putrajaya.

Kursus yang dihadiri oleh 90 peserta yang terdiri daripada para bilal bagi surau-surau sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan  pendedahan  mengenai peranan para bilal dalam masyarakat dan kepentingan profesionalisme dalam melancarkan pengimarahan surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pelbagai slot menarik menjadi pengisian dalam kursus kali ini.  Antara yang menarik perhatian para peserta ialah slot Sembang Santai bersama Naib Juara Bilal Idaman 2016 , Encik Jefri bin Bujang  dan Encik Jef Hazimin bin Jaafar, pengacara Bilal Idaman 2016  serta ceramah santai bertajuk ‘’Mencari Bilal Bin Rabah’’ yang disampaikan oleh Us. Hashim bin Harun dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi  mengenai  peranan para bilal di mata masyarakat dan teknik melaungkan azan yang efektif. Slot berkenaan Asas Pengendalian Sistem Audio yang disampaikan oleh Encik Radzman bin Basinon dari Sixtysix Action Mediaworks Sdn. Bhd. turut menjadi pengisian dalam kursus ini.

Turut berlangsung pada sebelah petang ialah Majlis Penyerahan Saguhati kepada AJK Surau-surau Jumaat Putrajaya bagi tahun 2015. Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya manakala perasmian penutup dan penyerahan saguhati disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI.

 

KursusBilal01 KursusBilal02
KursusBilal03 KursusBilal04
 KursusBilal05  KursusBilal07

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Mohd Rafi Bin Mohd Sanusi. Teks oleh: Unit Pengurusan Masjid.

 


Cetak   Emel