05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Celik Al-Quran

 
braille5

11 Mei 2016 | 4 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan Malaysian Association for The Blind (MAB) telah menganjurkan Kelas Pengajian Al-Quran Braille pada 7 Mei 2016 bertempat di Kompleks MAB, Brickfields. Kelas pengajian tersebut dibahagikan kepada 2 sesi dengan sesi 1 bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi manakala sesi 2 pada jam 11 pagi sehingga 1.00 tengah hari. 3 orang tenaga pengajar telah dilantik khas bagi mengendalikan kelas pengajian Al-Quran Braille ini termasuklah Ustaz Mohd Khairi bin Sulaiman dan Ustaz Sharif bin Baharom daripada PERTIS.

 

Para peserta kelas pengajian Al-Quran Braille seramai 40 orang ini telah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu Tahap Asas, Tahap Pertengahan dan Tahap Lanjutan (Talaqqi).Pihak JAWI berharap agar semua peserta terlibat dapat memanfaatkan ilmu pengajian Al-Quran Braille ini dengan sebaik mungkin agar lebih ramai lagi Orang Cacat Penglihatan dapat celik Al-Quran.

 

 

braille7 braille1
braille4 braille2
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel