05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Warga HCTM PPUKM Belajar Mengurus Jenazah

 
ppukmjen7

10 Mei 2016 | 3 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Sesi 1 pada 7 Mei 2016 bertempat di Dewan Kuliah 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM PPUKM. Kursus yang memakan masa 1 hari itu telah berlangsung dalam 2 sesi iaitu sesi teori & sesi praktikal melibatkan 120 orang warga HCTM PPUKM terutamanya staf-staf kejururawatan.

 

Kursus Pengurusan Jenazah ini telah dimulakan dengan sesi teori disampaikan oleh Ustazah Zahira binti Mohamad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dan disusuli dengan sesi praktikal dikendalikan oleh Ustazah Norhalimi binti Che Pi dan Ustazah Raisah binti Abu Bakar. Adalah menjadi harapan JAWI agar semua warga HCTM PPUKM ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus dapat dipraktikkan di saat masyarakat khususnya klien hospital memerlukan. 

 

 

ppukmjen1 ppukmjen4
ppukmjen5 ppukmjen6
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel