05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

NBOS JAWI & PRISMA Pastikan OKU Cacat Pendengaran Celik Fardhu Ain

 
pekak8mei6

10 Mei 2016 | 3 Syaaban 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) KL telah menganjurkan Kelas Fardhu Ain Khas sempena sambutan Isra’ Mikraj kepada OKU Cacat Pendengaran sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program terebut telah dijalankan pada 8 Mei 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Seramai 52 orang peserta telah menghadiri kelas tersebut yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Marzuki Ong bin Malik Ong yang merupakan Yang DiPertua PRISMA. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan Isra’ Mikraj dan sesi pemahaman surah al-Fatihah di kalangan OKU Cacat Pendengaran. Program turut disertai oleh seramai 10 orang pelajar Universiti Malaya yang bertindak sebagai fasilitator dan pemerhati program yang berakhir pada sekitar jam 1.00 tengah hari dengan jayanya.

 

pekak8mei1 pekak8mei2
pekak8mei4 pekak8mei5
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel