05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Karnival Pemeriksaan Kesihatan Anjuran Masjid Saidina Hamzah Dengan Kerjasama Panel Klinik Kesihatan Batu

 

 

Slide1

14 Mei 2016 (Sabtu) – Masjid Saidina Hamzah telah mengadakan Karnival Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama Panel Klinik Kesihatan Batu di Dewan Solat Utama dan ruang legar Masjid Saidina Hamzah Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur.

Program ini bermula seawal pukul 8.00 pagi dan tamat pukul 12.30 tengahari. Beberapa acara telah diadakan pada karnival ini iaitu Tadarus Al-quran, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan Hijamah(bekam), memanah dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Objektif Karnival ini diadakan adalah seperti berikut :

  • Mempermudahkan penduduk sekitar Kariah Masjid  Saidina Hamzah membuat pemeriksaan kesihatan masing-masing.
  • Menggalakkan penyertaan komuniti secara aktif dalam aktiviti kesihatan sebagai langkah pencegahan awal daripada sebarang penyakit.
  • Membentuk masyarakat yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri dan masyarakat.
  • Menanam  amalan gaya hidup sihat seperti bersenam di kalangan masyarakat.

Karnival ini mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran lebih 300 pengunjung dari kalangan kanak-kanak, remaja dan warga emas.

 

Slide3  Slide4 
 Slide5  Slide6

Disediakan oleh:

Masjid Saidina Hamzah

Pusat Zon 1

Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel