05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sohibus Samahah Mufti W.P @ Surau Al-Amin Zon 2

AMIN5555

 

8 Mei 2016 (Ahad) – Surau Al-Amin Setapak Indah, Zon 2 telah menganjurkan Kuliah Perdana Isra’ Mikraj dengan menjemput YBhg. Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Peristiwa Nabi Muhammad S.A.W di Isra Mi'raj merupakan peristiwa penting yang selalu diraikan dalam bulan Rejab setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

 

Ceramah yang dijalankan hampir 2 jam telah menarik minat seramai 300 anak jemaah di dalam dan luar kariah membanjiri Surau Al-Amin untuk mendengar ceramah ilmiah. Hal ini menunjukkan anak jemaah dahagakan majlis ilmu ditambah pula penceramah yang hadir seorang yang arif dalam ilmu agama. Sohibus Samahah telah menekankan supaya anak jemaah menjaga solat kerana dengan mendirikan solat akan membawa keberkatan serta kejayaan di dunia dan akhirat.


AMIN 1111 AMIN2222
AMIN3333 AMIN4444
   
   
   

Foto oleh:

Ahmad Saifuddin bin Ab Razak

Teks oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel