05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Menghadap Pencipta Mendakap Cinta

HIDAYAH 1

 

5 Mei 2016 (Khamis) – Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat menyentuh  sanubari Umat Islam di seluruh dunia kerana mengenangkan kembali peristiwa agong Nabi Muhammad S.A.W yang di Isra’ dan Mikraj, Baginda telah Menghadap Pencipta-Nya dan Mendakap Cinta-Nya. Demi Mendakap Cinta-Nya 4 buahmasjid di Zon 2 telah menganjurkan Ceramah Khas serentak bagi memperingati dan menghayati peristiwa tersebut. Diantara masjid-masjid yang terlibat ialah:

  • Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati Setapak Kuala Lumpur
  • Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar Kuala Lumpur
  • Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas, Batu 4 Jalan Gombak Kuala Lumpur
  • Masjid Saidina Ali K.W Kg. Padang Balang Kuala Lumpur

Program ceramah yang dijalankan selepas solat maghrib ini secara keseluruhannya telah menarik minat hampir 1,200 anak kariah. Antara penceramah yang dijemput ialah:

  • Masjid Salahuddin Al-Ayyubi penceramah jemputan YBhg. Ustaz Dr. Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid (Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam UM)
  • Masjid Al-Hidayah penceramah jemputan YBhg. Ustaz Dr. Lukman Bin Ibarahim (Pensyarah USIM dan Seorang Pendakwah)
  • Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas penceramah jemputan YBhg. Ustaz Dr. Mohd Nizam Bin Abdul Kadir (Pensyarah UIAM dan Panelis Tanyalah Ustaz)
  • Masjid Saidina Ali K.W penceramah jemputan YBhg. Ustaz Zulhazwan Bin Ismail (Pendakwah Bebas)

Program ini merupakan sebahagian dari aktiviti pengimarahan masjid-masjid untuk memberi percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada anak kariah.

ALI 2 HIDAYAH 2
SALAHUD 1 SAAD1111
   
   

Teks oleh:

Pusat Pentadbiran Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel