05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Menyahut Lambaian Kaabah Anjuran Masjid Amaniah Kepong

 

 IMG-20160501-WA0042

 
1 Mei 2016 ( Ahad ) – Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur dengan kerjasama Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Haji sebanyak  17 siri dan dikendalikan sepenuhnya oleh Datuk Haji Kamal bin Haji Muhamad, Mantan Pengurus Tabung Haji.

Kursus ini berjaya menarik 140 orang – 160 orang dan banyak input-input yang diperolehi para peserta dalam usaha meningkatkan pemahaman tentang penunaian rukun Islam yang ke-5 ini.

Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam ucapan, beliau menasihatkan semua peserta supaya bersabar dalam menghadapi setiap apa yang berlaku di kota suci Makkah dan sentiasa mengukuhkan semangat persaudaraan Islam yang baik bukan sahaja sesama saudara senegara, bahkan negara-negara lain.

Kursus ini memberi satu pendedahan cukup berkesan  sebagai persediaan melaksanakan ibadat haji bagi meyahut lambaian kaabah demi mencapai haji mabrur. 

 

IMG-20160501-WA0021  IMG-20160501-WA0023 
 IMG-20160501-WA0044  IMG-20160501-WA0048

 

Disediakan oleh :

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur,

Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel