05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Perdana “Iman Jitu Ibadat Padu” Anjuran Masjid Abi Ayyub Al-Ansori & Pusat Pentadbiran Zon 1

 

 1

 

30 April 2016 (Sabtu) - Masjid Abi Ayyub Al-Ansori, Taman Batu Muda dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 1 telah menganjurkan Forum Perdana bertajuk “Iman Jitu Ibadat Padu”. Dua ahli panel terkenal iaitu Al-Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dan Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohammad Nidzam bin Abd Kadir, Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengupas tajuk ini dengan baik dan berkesan. Moderator Forum ialah Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Othman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tujuan forum diadakan adalah untuk memberikan kefahaman kepada ahli kariah Masjid Abi Ayyub Al-Ansori tentang kepentingan meningkatkan tahap keimanan seterusnya menjadi pemangkin kepada kualiti ibadat khususnya dalam menghadapi Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.

Forum Perdana yang bermula selepas Maghrib telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI. Turut hadir  Ustaz Osman bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Zon 1, Mejar(B) Hj. Ab Rohim Bin Abd. Hamid, Pengerusi Masjid Abi Ayyub Al-Ansori dan Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria, Ketua Imam Masjid Abi Ayyub Al-Ansori.

 

Slide1  Slide2 
 Slide3  Slide4

 

Disediakan oleh :

Masjid Abi Ayyub Al-Ansori

Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel