05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Nikmat Vs Niqmah

ckb1

21 April 2016 (Khamis) - Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah menganjurkan Ceramah Khas Bulanan bertajuk “NIKMAT VS NIQMAH”. Program yang berlangsung selama 1 jam 15 minit ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Meeftah Annuar, Pegawai Hal Ehwal Islam daripada Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Imam Malik Bin Ahmad selaku Pengerusi Majlis bermula pada jam 7.50 malam dan seterusnya penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan.

Pengisian intipati ceramah pada malam tersebut menyimpulkan bahawa hakikat segala nikmat yang kita kecapi dalam kehidupan ini adalah merupakan anugerah yang diberikan kepada manusia dan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Sebaliknya sesuatu yang haram atau diperolehi dengan cara yang haram dan sesuatu yang baik tetapi digunakan pada perkara yang haram adalah niqmah. Ianya menyebabkan kecelakaan pula ke atas pelakunya atau kemurkaan Allah S.W.T (istidraj) akibat penyelewengan yang telah kita lakukan dari pemberian nikmat tersebut. Program diserikan dengan kehadiran seramai 200 orang jamaah sekitar Bukit Damansara yang terdiri daripada VVIP serta orang awam.

ckb2 ckb3
ckb4 ckb5
   
   

Disediakan Oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel