05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kanak-Kanak Asnaf : Bantu & Gembirakanlah

mra1

27 April 2016 (Rabu)Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah menganjurkan Majlis Meraikan Kanak-Kanak Asnaf bertempat di Dewan Al-Khattab MSUA. Program yang berlangsung selama 2 jam ini melibatkan sejumlah 80 orang pelajar lelaki dan perempuan dari Sekolah Kebangsaan (1) Selayang Baru, Batu Caves, Selangor. Pelajar-pelajar ini merupakan anak-anak terpilih daripada keluarga yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Rombongan kanak-kanak Asnaf ini diketuai oleh Ustaz Mohd Azizi dan diiringi oleh beberapa orang guru.

Majlis dimulakan dengan Solat Zohor secara berjamaah dan seterusnya ucapan aluan daripada wakil pihak AJK MSUA iaitu Y.M Raja Dhiyauddin Raja Amir (Setiausaha MSUA). Rombongan kanak-kanak Asnaf ini juga diraikan dengan menu Nasi Beriani Ayam & Kambing sebagai jamuan makan tengah hari. Pihak masjid juga berbesar hati menyumbangkan sejumlah wang belanja saguhati kepada setiap kanak-kanak Asnaf yang terlibat. Acara penyampaian saguhati ini telah disempurnakan secara bersama oleh Ketua Imam MSUA, Ustaz Rohaily@Abd Rahman Abd Hamid dan Setiausaha MSUA, Y.M Raja Dhiyauddin Raja Amir. Secara keseluruhannya objektif untuk memasyarakatkan masjid dalam konteks membantu golongan Asnaf telah tercapai dan majlis berakhir pada jam 3.30 petang.

mra2 mra3
mra4 mra5
mra6 mra1
   
   

Disediakan Oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel