05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyembelihan Syar’ie Tahun 2016 Anjuran Masjid Abi Ayyub Al-Ansori & Pusat Zon 1

 

 Slide3

 

30 April 2016 (Sabtu)– Masjid Abi Ayyub Al-Ansori, Taman Batu Muda dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 1, Bahagian Pengurusan Masjid (JAWI) telah mengadakan Kursus Penyembelihan Syar’ie Tahun 2016 dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 150 peserta dari kalangan anak kariah Masjid Abi Ayyub Al-Ansori termasuk ahli Jawatankuasanya. Empat ekor kambing dan 150 ayam disediakan  untuk amali penyembelihan.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang konsep penyembelihan haiwan mengikut hukum syara’ secara teori dan praktikal. Kursus ini dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Abd. Halim Bin Zakaria dan dibantu oleh beberapa fasilitator dari Bahagian Penyelidikan, JAWI.

Perasmian telah disempurnakan olehUstaz Osman bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Zon 1. Turut hadir   Mejar(B) Hj. Ab Rohim Bin Abd. Hamid, Pengerusi Masjid Abi Ayyub Al-Ansori dan Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria, Ketua Imam Masjid Abi Ayyub Al-Ansori.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan amat menggalakkan dan mendapat liputan RTM serta telah disiarkan melalui Berita Nasional 8 pada hari sama.

 

Slide2   Slide6  
 Slide1  Slide5

 

Disediakan oleh :

Masjid Abi Ayyub Al-Ansori

Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel