05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 IMG 2301

25 April 2016 (Isnin) - Masjid Muadz Bin Jabal (MMBJ) Setiawangsa dengan kerjasama Pentadbiran Zon 4 JAWI, menerima kunjungan mahabbah “mesra jemaah” Timbalan Pengarah Operasi (TPO), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim berkesempatan bertemu dengan anak kariah dan jemaah ketika solat jumaat di masjid yang dikenali ramai ini. Beliau juga turut menyampaikan khutbah Jumaat dan solat bersama para hadirin terdiri pelbagai lapisan masyarakat.

Khutbah  bertajuk “ Syurga Menantimu ”  yang disampaikan oleh TPO JAWI menyentuh tentang perkara –perkara yang melayakkan individu manusia masuk Syurga dan diakhir khutbah peringatan bahawa, Syurga milik Allah, tuntutan peribadi muslim wajib mengikut sunnah ajaran RasulluAllah dan kecintaan kepada syurga mesti dipupuk semenjak dari kecil.

Selepas solat  Jumaat, TPO diiringi Penyelaras Zon 4 JAWI, Ustaz Wan Yusuf bin W.Ishak dan Ketua Imam MMBJ, sempat beramah mesra dengan mantan Duta Besar Malaysia ke United Kingdom dan Jerman , Yang Berbahagia T.Y.T Datuk Seri Zakaria Sulong, merupakan salah seorang anak kariah Setiawangsa yang sering mengikuti program pengimarahan di MMBJ. Beliau bersyukur serta berharap kegigihan menceriakan program pengimarahan masjid dapat diteruskan dan amat dialukan oleh semua jemaah di Setiawangsa. Solat Jumaat di MMBJ dihadiri lebih 2500 orang para jemaaah terdiri pelbagaian bangsa dari sekitar penduduk setempat dan lembah klang.

 

IMG 2302  IMG 2303 
 IMG 2306  IMG 2300

 

Disediakan Oleh:

Masjid Muadz Bin Jabal (MMBJ) Setiawangsa,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur.

 

 


Cetak   Emel