05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 4

25 April 2016 (Isnin) - Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Zon 4 Bahagian pengurusan Masjid dan juga Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Program Anti Penderaan Kanak-kanak di Dewan Solat, Masjid Ibn Sina. Program ini menyaksikan kehadiran 100 orang jemaah dan anak kariah Masjid Ibn Sina serta anak-anak yatim, fakir dan miskin daripada Rumah Kebajikan Titian Kasih.

Program ini diadakan dengan sesi Ceramah Khas pada waktu Maghrib malam Jumaat yang disampaikan oleh Supt. Ghazali bin Haji Daud daripada BAKA, PDRM merangkap Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Bukit Aman. Bersesuaian dengan peranan masjid sebagai tempat kesedaran masyarakat dan penyatuan anak kariah, ditambah pula dengan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.

Di antara tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah YBhg. Dato' Mohamad Yusof bin A. Bakar (Pengerusi Masjid Ibn Sina), YBhg. Datuk Azizan bin Ayob (Timbalan Pengerusi Masjid Ibn Sina) dan Tan Sri Abdul Ghani bin Abdul Aziz (Ahli Jawatankuasa Masjid Ibn Sina).

 

1  9 
 10  12

 

Disediakan Oleh:

Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur.

 


Cetak   Emel