05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SUB JPM Tinjau Kedai Asnaf 1Malaysia

 
sub4

28 April 2016 | 20 Rejab 1437H (Khamis) - Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang menjalankan Kajian Audit Terhadap Pengurusan Pemberian Makanan Kepada Komuniti Disayangi dan Kedai Makan Asnaf 1Malaysia. Kajian ini melibatkan Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dilaksanakan bermula 4 April 2016 dan dijadualkan berakhir pada 29 April 2016.

 

Objektif pengauditan ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecekapan pengurusan bantuan makanan kepada golongan gelandangan. Bagi tujuan kajian audit tersebut, pihak juruaudit telah memilih beberapa sampel daripada lokasi-lokasi pengagihan makanan kepada gelandangan. Pada 25 April 2016, Bahagian Audit Dalam JPM telah membuat lawatan ke Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Audit Dalam, YBhg. Datuk Mariam Kholidah binti Zulkifli dan Timbalan Setiausaha Bahagian Audit Dalam, Puan Noraza binti Mohd Ariff diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin bagi melihat sendiri proses pemberian makanan kepada gelandangan yang terlibat.

 

Adalah diharapkan semoga kajian ini akan memberi manfaat dan penambahbaikan berterusan kepada usaha dakwah bil hal JAWI kepada golongan sasaran Komuniti Disayangi.

sub sub2
sub3 sub1
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel