05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kempen “I LOVE SUNNAH”

 
IMG 2188

22 April 2016 (Jumaat) – Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan Kempen “I LOVE SUNNAH” bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kempen tersebut berlangsung selama seminggu bermula 15 hingga 22 April 2016. Antara tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menghayati amalan kehidupan Rasulullah S.A.W dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian disamping mengenali keperibadian dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

Kempen tersebut dimulai dengan Program Bedah Buku yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Shauqi Othman bertajuk “Amalan Yang Disukai Rasulullah” pada 15 April 2016. Seramai 120 orang yang telah menyertai program tersebut. Keesokan harinya, Peringkat Saringan Pertandingan Hafazan Rendah dan Menengah telah berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang melibatkan 40 orang peserta. Bermula dari 18 hingga 22 April kempen tersebut dipenuhi dengan aktiviti Ceramah-Ceramah Khas Maghrib seperti “Sunnah Dan Sains” oleh Ustaz Dr Zaifuddin Md Rasip (Isnin), “Amalan Sunnah Yang Dituntut” oleh Ustaz Mohd Zaki Zulkifli (Selasa), Pertandingan Hafazan Peringkat Akhir (Rabu) dan tidak ketinggalan juga Bicara Mufti yang telah disampaikan oleh YBhg. S.S. Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Khamis). Antara Sunnah lain yang dilaksanakan ialah aktiviti berbuka puasa beramai-ramai menggunakan talam iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Tidak ketinggalan juga, Aktiviti Memanah Terbuka telah mendapat sambutan yang hangat setiap hari daripada kalangan jemaah muslimin dan muslimah. Aktiviti ini dijalankan dari jam 11.00 pagi sehingga 2.30 petang. Pada sebelah petang pula, telah diadakan Program My Kiblat yang melibatkan Bahagian Unit Falak, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi membetulkan kedudukan arah kiblat di 40 buah rumah ahli kariah.

Majlis perasmian penutup kempen “I Love Sunnah” turut disertakan sumbangan kepada pelajar miskin dan yatim piatu serta penyampaian hadiah kepada pemenang Ihtifal Hafazan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim selaku Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. 

 

IMG 2187 IMG 2189
IMG 2181 IMG 2193


Disediakan Oleh:

Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur,
Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel