05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Khas Isra’ & Mikraj Anjuran Pusat Zon 4

 
IMG 2204

22 April 2016 (Jumaat) – Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Zon 4, bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur JAWI telah mengadakan Ceramah Khas Isra’ & Mikraj di Dewan Solat Utama Masjid Usamah Bin Zaid yang telah  disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Faisal bin Abd Hamid, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Antara intipati ceramah beliau ialah tentang Bulan Rejab adalah bulan yang Allah SWT mewajibkan solat yang pada asalnya adalah sebanyak 50 waktu sehari semalam, lalu dikurangkan menjadi 5 waktu sahaja. Kewajiban solat hendaklah dilaksanakan walau apa jua keadaan sekalipun selagi akal masih waras. Semoga Allah menjadikan kita serta keturunan kita mendirikan solat sebagaimana yang diperintahkan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Ustaz Murshidi bin Abd Hamid, Ketua Imam Masjid Usamah Bin Zaid. Ceramah ini berlangsung selama satu jam, bermula selepas solat maghrib dan tamat pada 9.00 malam dengan kehadiran 130 orang jemaah muslimin dan muslimat

 

IMG 2157 IMG 2162


Disediakan Oleh:

Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju,
Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel