05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Kepada Guru-Guru SIRAJ

 

 

 

23 April 2016 (Sabtu) - JAWI telah mengadakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) Berkesan Guru-guru Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) yang diadakan di Dewan Syarahan Masjid Saidina Uthman Bin Affan, Cheras, Kuala Lumpur. Kursus pada siri kali ini fokus kepada mata pelajaran Pendidikan Muzik. Ia melibatkan penyertaan seramai 30 orang guru SIRAJ Saidina Uthman, Cheras dan SIRAJ Al-Alusi, Keramat.

 

Slot kursus yang pertama bertajuk Pengenalan Dunia Muzik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Manakala slot kedua dan ketiga bertajuk Dokumen Standard Pendidikan Muzik tahun satu. Ketiga-tiga slot kursus ini disampaikan oleh Jurulatih Utama Wilayah Persekutuan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik, iaitu Pn. Barlian Ana Bt. Mohamad.

Objektif kursus ini adalah memantapkan pengetahuan guru-guru mengenai konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan memantapkan pengetahuan guru-guru tentang penyediaan ringkasan mengajar berdasarkan standard kurikulum yang ditetapkan. Selain itu kursus ini bertujuan bagi memperkasakan kemahiran penyampaian mata pelajaran KSSR melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang berkesan.

   
   

Cetak   Emel